Saturday, 27 April 2013

My E-Day aka My Half Taken Day

Assalamualaikum.

Ok hai. Memandangkan ramai kawan-kawan aku skarang semua nak kawin laa tunang laa.. Meh aku share sikit apa yang telah aku lalui. Ceywah. Tapi aku baru tunang sajo! Pada 10hb Februari 2013 datanglah rombongan dari gombak dan semuanya datang nak meminang aku. Kikiki. Aku punyalaaa nebess.. Al maklumlah baru 1st time kan nak tunang memey laa nebess.. (ada tak yang 3rd time?) 

Majlis aku simple-simple je. Nampak je macam meriah tapi simple je.. Mini pelamin aku ambik kat abg lee ni..(bukan nama sebenar) Boleh laa.. aku sebenarnya terasa sikit sebab dalam gambar tunjuk lain tapi at last jadi macam lain. So agak kecewa sikit. Yang cristal cristal yang tergantung tu makcik aku yang bawak dan suruh gantung sebab katanya simple sangat. So inilah dia:

 Mini pelamin

Untuk hantaran pulak, semuanya ktorang buat sendiri je..So, dah jimat dah kat situ daripada upah kedai or upah orang untuk buat kan? Credit to Mak Cak yang bertungkus lumus buat hantaran yang sangat cantik ni!!! Yang ni memang aku puas hati sangat. Thank you. Mak Cak gunakan pinggan putih berbentuk petak (beli kat SSF) untuk diletakkan di atas dulang dan letak barang atas pinggan tersebut. Bunga pulak, ktorang guna bunga orkid kuning. Lain laa sikit dari bunga rose.  

 Cake fondant ni kawan mama bg. Tq :)

Buku ini mama beli untuk bakal tunang. Ups! Katanya selagi tak habis baca tak boleh kawen. Tajuk buku ni ialah 'Akhlak Rasullulah'.

 Ini pulak ialah GPS dan wallet. Jimat dulang. Combine sajo!

 Untuk buah pulak kitorang cuma guna buah anggur yang lain color & combine dgn daun sireh. Dah 2 in 1 dah. 

 Ini cup cakes. Yang ni aku tempah dari kawan adik aku. Lupa plak nama. Ahaii. 

Ini pulak ialah manisan. Khas dr Shuhada's family. Thank you.

Ada lagi 3 hantaran iaitu biskut, chocolate bars, dan lagi satu giant biskut yang sangat besar. Tapi mana ntah gambar tu. Sorry. Itu pon orang bagi jugak..Thanks to kawan mama, mak angkat (ma Zaiton) dan biskut yang sangat besar itu dari Tok Jan. Xiexie ni!!

Apa lagi eyk.. ha! benda yang paling penting. Baju tunang. Ini pulak aku tempah dengan satu butik kat bangi. Jahitan dia sangat cantik. Kain untuk baju pulak mami shimah (makcik) belikan dekat Vietnam. Thank you mami. Yang kain utk kain pulak (confuse tak?) aku beli kat Jakel je. 

Make up pulak.. ha jimat lagi! Adik aku yang gojes yang make up kan! Sangat puas hati. Dia memang buat part time andaman. Kalau korang minat, bgtaw je aku kayh!!

Makanan pon kitorang masak sendiri je. Tapi penat laa sikit. Jom tengok gambar-gambar majlis pertunangan aku. :)

 Adik yg gojes tgh make up. Hihihi

By: Yoomyn Myn

Syok sendiri. Maaf.


Yay!! Berjaya bertunang!! 
Time ni happy sgt! Hihi

Malu malu okay. Lama tak jumpa. 

Jadi, sebenarnya walaupun nampak macam mudah tapi banyak sangat persiapan nak kena buat. Nanti aku share ape door gift yang kitorang bagi pulak kayh. Kepada sesiapa yang memerlukan khidmat make up by Yoomyn Myn aka my gojes sista bolehlaa contact aku. Serious korang akan berpuas hati. Harga pon berpatutan. Aku bukan berpuas hati sebab Yoomun Myn adik aku tetapi disebabkan hasil halus nyaa tue. Ramai cakap aww aww ni pandai make up dan cantik pulak tu. Aku tak nafikan mmg cantik tapi bukan kah kita sebagai perempuan lebih afdal jika disentuh oleh perempuan. :)

Okbai. 

Wednesday, 24 April 2013

HERBALIFE

Assalammualaikum pembaca-pembaca yang nak sihat,

Ok hai. Pernah dengar HERBALIFE? Mungkin ada yang tak pernah, ada yang pernah tapi gitu-gitu je.. Jom share pendapat kita mengenai Herbalife. Aku baru je tahu pasal product ni dan aku rasa sangat menyesal sebab kenapa baru sekarang aku tahu???? Kalau aku tahu dari awal dulu mungkin dah ramai orang aku dah tolong dengan product ni. Wah.. nampak tak betapa frustnya aku? Yes! Memang aku frust sangat. Tapi apa-apa pon Alhamdulillah Allah telah membuka mata aku dan memperkenalkan aku dengan HERBALIFE sekarang. 



Pada 12hb April 2013(lebih kurang 2 minggu lepas), buat pertama kalinya aku pegi ke ZERO 2 HERO. Yay!!!  Ha..kat sini laaa aku dapat banyak info pasal Herbalife dan tak sabar sangat nak tolong ramai orang kat luar sana. Jadi persoalannya apakah Herbalife? Basically, Herbalife ini ialah nama company kepada product yang  sangat hebat. Herbalife mengeluarkan product dalaman dan juga luaran. Daripada pemakanan sampailah ke hujung rambut. ha boleh gitu? Maksudnye..ada yang boleh dimakan, diminum, disapu, disabun dan bermacam macam di lagilah. 

Herbalife dah wujud kat dunia ni dah lebih 30 tahun dan telah berada di lebih 88 buah negara. Jadi korang bayangkanlah betapa strongnya company ni. Kepada para muslim dan muslimah pulak gunakalah tanpa was-was ye sebab Herbalife ialah product yang mempunyai sijil halal IFANCA. Apa laa pulak INFANCA ni kan.. Secara ringkasnya IFANCA ini ialah sijil halal yang diiktiraf dunia. Dunia ok!!

Kalau nak tawu dengan lebih lanjut boleh click ---> IFANCA dan anda boleh search Herbalife dalam tu. 

Selain itu, Herbalife juga tersenarai dalam bursa saham New York Stock Exchange aka NYSE pada tahun 2008. Ha, bukan senang nak tersenarai dalam bursa saham ni taw. Jadi korang jangan risau k mengenai Herbalife ini pentipu ke penjahat ke.. sebab..secara LOGIC nya kalau Herbalife tak hebat takkan lah boleh ada kat lebih 88 buah negara dalam masa 30 tahun lebih je kan? Logic tak logic tak? and one more important thing, rata-rata yang menggunakan product Herbalife berpuas hati dengan kesannya. Logic kan logic kan? 

Dan ini pula ialah pengasas Herbalife: 
Mark Hughes

Pada Februari 1980, wujudlah Herbalife di dunia dan secara ringkasnya lagi, Mark Hughes telah kematian ibunya yang mengambil ubat kurus yang berlebihan hanya untuk turun 2-3 kg sahaja. Sayang kan? Sejak peristiwa itulah, beliau bertekad nak bantu orang ramai mengamalkan diet yang selamat dan efektif. 

Erm..apa lagi korang nak tawu mengenai herbalife? Ok yang ni sikit sahaja. Sebenarnya banyak lagi taw, nanti kalau bagitau banyak banyak takot terlupa pulak kan. Tak pe jangan risau ye.. Nanti dan pasti aku akan update lagi mengenai Herbalife. Next entry pasal product dan testimonial pulak. 

InsyaAllah. 

Korang boleh juga layari website ni : www.herbalife.com

and and and kalau korang nak personal coach yang happy Go lucky macam aku boleh laa contact aku kat no 0122316281(mimie) (sebenarnya semua personal coach herbalife happy go lucky!!) 

Last but not least, Allah sentiasa membantu orang yang berusaha untuk berjaya. Tak kiralah nak berjaya dari segi kuruskan badan, naikkan berat badan atau nak jaga kesihatan dan kecantikan sebab di setiap kemahuan  itu pasti ada jalan!!!! 

Ok bai!

Tuesday, 23 April 2013

NAZA dan Practical ku!

Assalammuaalaikum.

Ok hai. Minggu ni dah masuk minggu yang ke 8 aku practical di NAZA. Maksudnya lagi 8 minggu saja tinggal!!! Wuhuuu.. (Sorak kegembiraan) Aku bukan tak sabar nak habis sebab tak best practical kat NAZA. Aku cuma tak sabar nak habis digerlar sebagai pelajar! Haha Sama maksud dengan tak sabar nak bergelar Pengangur Terhormat! Practical kat NAZA memang sangat sangat BEST!

Naza Automotive Manufacturing

Sepanjang practical di NAZA ni..banyak sangat yang aku belajar.  Dengan orang-orangnya yang sporting, cool and baik sangat sangat. Aku ingat lagi first time aku datang NAZA ni.. YA ALLAH!! Cuak ke bebeh! Yang assist aku time tu Kak Wanie. Nasib baik dia sangat membantu. 

Masuk je hari pertama, wah rambang mata aku taw tengok kereta kereta kat sini. Culture shock jap dengan kereta kereta. Bukan Kia saja yang manawan hati, tapi kereta kereta Peugeot pon boleh tahan jugak buat aku tergoda! 

Sebelum masuk Naza, aku bukan tahu sangat pon pasal hal ehwal Naza ni. Yang aku tawu Naza Group was established by the late Tan Sri  SM Nasimuddin SM Amin. Tapi sekarang aku dah boleh hafal sejarah Naza ni and yang paling aku tawu.. En SM Faliq is still single. So girls, boleh ler kalau nak cuba nasib! Hihihi.. Aku print gambar SM Faliq ni lekat kat desk aku. Over sangat.

En. SM Faliq SM Nasimuddin

Sepanjang aku kat sini, aku dah pernah sekali jumpa dengan Puan Sri Utama Zaleha Ismail. SM Faliq je belum. :'( Puan Sri sangat lembut orangnya. Tapi aku tak berani laa nak approch. Cuma macam ni sajo!


Aku dan Puan Sri yang pakai baju pink kat belakang.

Ok laa tu kan?? HAhahA.. At least ada la jugak benda yang aku nak tunjuk kat lecturer aku nanti! Time ini ialah Majlis Asmatul Husna 2 minggu yang lepas. Nampak tak muka aku yang agak gemok itu. Jangan risau lepas aku amalkan Herbalife insyaAllah akan jadi cantik cantik macam anda!! Amin.

Naza Group ni sebenarnya banyak sangat business.. Boleh la kalau nk try try nasib mintak kerja kat Naza Group ni. Contoh, Cars, Bikes, Manufacturing, Hospitality, Research & Education, F & B dan macam-macam lagi. Dan dalam satu kategori ni ada pecahan-pecahan dia pulak. So, sebenarnya banyak sangat pilihan. 

Boleh click sini ---> NAZA GROUP

Okbai. :p

Testing 123

Assalamualaikum semua. 


Ok hai! Oleh kerana ini first blog yang pertama so agak nervous sedikit si sini. Apa yang nervousnya? First, sebab tak taw nak bahasakan diri ni apa..Aku kah? Saya kah? Kami kah? Itew kah? Jadi setelah buat research, ramai yang membahasakan diri ‘Aku’ dan dengan ini nak guna ‘aku’ jugaklah! Nampak sangat suka tiru orang kan. Hikhik. Maaflah. Bukan apa aku (ceywah dah start guna dah) ada jugak Tanya dengan senior senior blogger ni, ramai pon cakap guna aku sajo! So aku pon guna sajo!

Ok dah selesai bab ‘aku’ kat sini. Apa yang nervous lagi nih? Alahai sebab tak taw nak tulis apa. Sebab biasaklah, orang nak ada blog, kita pon nak jugak! Padahal bukan ada bakat pon nak tulis menulis nih. Karangan dulu kat skolah pon sekadar di pinggiran sajo! Tapi tak apa.. aku akan cuba sedaya upaya untuk menjadi pembelog yang digeruni ramai. Hihihi.

Ok last. Nervous sebab tak sabar nak habis type ni and nak try pulish. Entah apa laa yang jadi kan. Ok semua. Salam perkenalan!! 

Ok bai.