Ok hai. Memandangkan ramai kawan-kawan aku skarang semua nak kawin laa tunang laa.. Meh aku share sikit apa yang telah aku lalui. Ceywah. Tapi aku baru tunang sajo! Pada 10hb Februari 2013 datanglah rombongan dari gombak dan semuanya datang nak meminang aku. Kikiki. Aku punyalaaa nebess.. Al maklumlah baru 1st time kan nak tunang memey laa nebess.. (ada tak yang 3rd time?)
Majlis aku simple-simple je. Nampak je macam meriah tapi simple je.. Mini pelamin aku ambik kat abg lee ni..(bukan nama sebenar) Boleh laa.. aku sebenarnya terasa sikit sebab dalam gambar tunjuk lain tapi at last jadi macam lain. So agak kecewa sikit. Yang cristal cristal yang tergantung tu makcik aku yang bawak dan suruh gantung sebab katanya simple sangat. So inilah dia:
Mini pelamin
Untuk hantaran pulak, semuanya ktorang buat sendiri je..So, dah jimat dah kat situ daripada upah kedai or upah orang untuk buat kan? Credit to Mak Cak yang bertungkus lumus buat hantaran yang sangat cantik ni!!! Yang ni memang aku puas hati sangat. Thank you. Mak Cak gunakan pinggan putih berbentuk petak (beli kat SSF) untuk diletakkan di atas dulang dan letak barang atas pinggan tersebut. Bunga pulak, ktorang guna bunga orkid kuning. Lain laa sikit dari bunga rose.
Cake fondant ni kawan mama bg. Tq :)
Buku ini mama beli untuk bakal tunang. Ups! Katanya selagi tak habis baca tak boleh kawen. Tajuk buku ni ialah 'Akhlak Rasullulah'.
Ini pulak ialah GPS dan wallet. Jimat dulang. Combine sajo!
Untuk buah pulak kitorang cuma guna buah anggur yang lain color & combine dgn daun sireh. Dah 2 in 1 dah.
Ini cup cakes. Yang ni aku tempah dari kawan adik aku. Lupa plak nama. Ahaii.
Ini pulak ialah manisan. Khas dr Shuhada's family. Thank you.
Ada lagi 3 hantaran iaitu biskut, chocolate bars, dan lagi satu giant biskut yang sangat besar. Tapi mana ntah gambar tu. Sorry. Itu pon orang bagi jugak..Thanks to kawan mama, mak angkat (ma Zaiton) dan biskut yang sangat besar itu dari Tok Jan. Xiexie ni!!
Apa lagi eyk.. ha! benda yang paling penting. Baju tunang. Ini pulak aku tempah dengan satu butik kat bangi. Jahitan dia sangat cantik. Kain untuk baju pulak mami shimah (makcik) belikan dekat Vietnam. Thank you mami. Yang kain utk kain pulak (confuse tak?) aku beli kat Jakel je.
Make up pulak.. ha jimat lagi! Adik aku yang gojes yang make up kan! Sangat puas hati. Dia memang buat part time andaman. Kalau korang minat, bgtaw je aku kayh!!
Makanan pon kitorang masak sendiri je. Tapi penat laa sikit. Jom tengok gambar-gambar majlis pertunangan aku. :)
Adik yg gojes tgh make up. Hihihi
By: Yoomyn Myn
Syok sendiri. Maaf.
Yay!! Berjaya bertunang!!
Time ni happy sgt! Hihi
Malu malu okay. Lama tak jumpa.
Jadi, sebenarnya walaupun nampak macam mudah tapi banyak sangat persiapan nak kena buat. Nanti aku share ape door gift yang kitorang bagi pulak kayh. Kepada sesiapa yang memerlukan khidmat make up by Yoomyn Myn aka my gojes sista bolehlaa contact aku. Serious korang akan berpuas hati. Harga pon berpatutan. Aku bukan berpuas hati sebab Yoomun Myn adik aku tetapi disebabkan hasil halus nyaa tue. Ramai cakap aww aww ni pandai make up dan cantik pulak tu. Aku tak nafikan mmg cantik tapi bukan kah kita sebagai perempuan lebih afdal jika disentuh oleh perempuan. :)
Okbai.
Waaa terharunyeeeee... :)
ReplyDeleteheheheheh
ReplyDelete