Thursday, 1 January 2015

HAPPY NEW YEAR!!

Assalamualaikum!! HAVE YOU HAD YOUR SHAKE TODAY? 

ok hai! HAPPY NEW YEAR! Hari nie ialah 1 Januari 2015 dan apa yang best ialah salah satu daripada aku punya azam ialah untuk update blog atleast sebulan sekali..Hmm..Let see.. berjaya or tak azam baru aku nie.. Bayangkan last update 2013.. haha 2014 tak kacau langsung..sabar jelah! Hehe

Ha! Korang semua dah ada azam baru masing-masing tak? Maksud azam baru ialah apa yang kita nak jadi or perubahan apakah yang kita nak lakukan pada tahun 2015. Senang cerita apa impian korang untuk tahun 2015 ni..
Aku yakin dan pasti mesti semua orang ada azam ataupun impian untuk 2015 kan? Tapi semua azam-azam tu korang tanam kat mana? Aku yakin dan pasti jugak mesti ada yang tanam kat dalam hati, post kat Facebook or just cakap dengan kawan –kawan kan? Walaupun korang serious tapi kadang –kadang sebagai manusia kita akan cepat lupa dan yang mana post kat FB tu takkan nak kena scroll cari balik ye dop?
Jadi, aku nak share cara terbaik untuk kita ingat semua AZAM-AZAM TAHUN BARU kita!

SENARAIKAN
1st skali mestilah berbentuk penulisan. Contohnya..carilah kertas A4 atau manila kad dan senaraikan. Cara nak senaraikan boleh ikut creativity masing-masing. Nak buat menegak or melintang or nak buat peta minda ke itu semua tak kisah la.. ikut citarasa masing-masing. Kalau boleh buat laa  sekreatif yang mungkin sebab setahun skali je beb buat benda ni.
Macam apa yang aku buat, hee ini pon aku belajar dari coach-coach herbalife yang dah berjaya dan aku rasa memang membantu aku lagi senang nak senaraikan. Bukan apa, kekadang tu macam-macam sangat nak buat sampai dah bercelaru.. dan akhirkan terlupa.. nanti ha mulalah, ADOI! Baru teringat itu lah ini lah!! HEhe Betulkan?
Kat bawah ini ialah contoh yang mana aku guna dan ini jugak mungkin boleh guide korang untuk listkan NEW YEAR RESOLUTIONS korang.

Contoh je taw:


TO BE/ TO DO
TO HAVE

1. Rajin dari tahun lepas
2. Solat Dhuha hari-hari
3.Lose weight 5kg (MARCH)
4. Further PHD (UK)


1. Saving RM1000 sebulan
2. New Car (Mazda 6)
3. Income RM20k ++

TO BECOME
TO GIVE

1. GET TEAM (APRIL)
2.Qualify ALL Promotions (JAPAN, VIP EXTRAVAGANZA)
3. GUEST Speaker STS
4. A loving mother/daughter/sister

1.Sedekah 10% dari income
2. Buka puasa bersama anak yatim
3. Bawa adik-adik bercuti (FRASER HILL)

boleh senanraikan sebanyak yang mungkin. Aku punya yang betul2 Masha Allah banyak sangat! 

Baiklah semua..yang kat atas ni adalah contoh semata-mata.. korang letak la sendiri apa yang korang nak dalam column-column tersebut. Mungkin ada yang confuse dengan TO BE and TO BECOME.. to be tu aku just masukkan apa yang aku nak jadi as a person..hmm macam dulu malas so sekarang nak jadi rajin..Macam to become pulak.. aku tulis kat situ nak GET TEAM.. sebenarnya itu level dalam HERBALIFE..aku nak jadi GET TEAM sebab bila dah kat level tu maksudnya aku dah bantu ramai orang improvekan kesihatan mereka..Korang boleh letak benda lain macam nak jadi KETUA KELAB di Universiti korang ke.. TEAM LEADER ke.. J

Boleh jugak buat macam nie:







TIPS!!
Wokey! Ini penting! Kena tulis sekali dan specifickan bulan ataupun tarikh impian baru yang korang nak tu. Sekali lagi sebagai contoh, salah satu azam baru ialah nak lose weight. Tulis kat situ nak lose BERAPA kg dan BILA. Contoh lagi, nak bawa adik-adik bercuti, tulis sekali kat mana. Ya, memanglah tak tahu lagi kan or mungkin dah tahu tapi takut nanti last minute bertukar pulak. Don’t worry! Tak berdosa pon kalau bertukar. Tujuan tulis specifikasi ini ialah untuk menunjukkan yang kita sangat serious dengan impian kita. Selain itu, bila kita tulis dengan specific kita akan mudah terbayang-bayang dan lagi berkobar-kobar nak kejar dreams kita tu. Kalau tak percaya cubalah!!   

Simpan apa yang korang buat ni dekat tempat yang senang korang nampak macam buat wallpaper hp, lekat kat tepi katil, dalam almari baru (yang senang tengok), sebelah cermin atau di mana sahaja supaya korang boleh baca hari-hari dan sentiasa mulakan hari korang dengan objective dan bersemangat! Apa yang paling best sekali, hujung tahun 2015 nanti, tengok balik semua yang korang tulis tu and start to tick mana yang dah accomplish!! Selamat mencuba!!

Untuk maklumat lebih lanjut boleh try tengok sini atau click ini

make sure azam korang ada semua ni 


NOTA kaki:
Azam atau impian boleh jadi sekecil-kecil yang mungkin macam nak kurangkan tengok TV ataupun boleh jugak jadi sebesar-besar alam macam nak jadi muslimah paling berjaya dengan income lebih dari 50k sebulan. Remember that ALL DREAMS MAY COME TRUE!! DREAM BIG everybody!


ok bai!


Perhatian kepada yang ada azam untuk lose weight, ketahuilah bahawa saya tahu bahawa azam korang yang ni sebenarnya wujud pada setiap tahun kan? Apa yang korang dah lakukan mungkin betul tapi kenapa still tak jadi lagi? Actually, you just need a COACH and the good news is I CAN BE YOUR COACH! Contact me now for FREE consultation and special MEAL PLAN! 

No comments:

Post a Comment