Thursday, 1 January 2015

HAPPY NEW YEAR!!

Assalamualaikum!! HAVE YOU HAD YOUR SHAKE TODAY? 

ok hai! HAPPY NEW YEAR! Hari nie ialah 1 Januari 2015 dan apa yang best ialah salah satu daripada aku punya azam ialah untuk update blog atleast sebulan sekali..Hmm..Let see.. berjaya or tak azam baru aku nie.. Bayangkan last update 2013.. haha 2014 tak kacau langsung..sabar jelah! Hehe

Ha! Korang semua dah ada azam baru masing-masing tak? Maksud azam baru ialah apa yang kita nak jadi or perubahan apakah yang kita nak lakukan pada tahun 2015. Senang cerita apa impian korang untuk tahun 2015 ni..
Aku yakin dan pasti mesti semua orang ada azam ataupun impian untuk 2015 kan? Tapi semua azam-azam tu korang tanam kat mana? Aku yakin dan pasti jugak mesti ada yang tanam kat dalam hati, post kat Facebook or just cakap dengan kawan –kawan kan? Walaupun korang serious tapi kadang –kadang sebagai manusia kita akan cepat lupa dan yang mana post kat FB tu takkan nak kena scroll cari balik ye dop?
Jadi, aku nak share cara terbaik untuk kita ingat semua AZAM-AZAM TAHUN BARU kita!

SENARAIKAN
1st skali mestilah berbentuk penulisan. Contohnya..carilah kertas A4 atau manila kad dan senaraikan. Cara nak senaraikan boleh ikut creativity masing-masing. Nak buat menegak or melintang or nak buat peta minda ke itu semua tak kisah la.. ikut citarasa masing-masing. Kalau boleh buat laa  sekreatif yang mungkin sebab setahun skali je beb buat benda ni.
Macam apa yang aku buat, hee ini pon aku belajar dari coach-coach herbalife yang dah berjaya dan aku rasa memang membantu aku lagi senang nak senaraikan. Bukan apa, kekadang tu macam-macam sangat nak buat sampai dah bercelaru.. dan akhirkan terlupa.. nanti ha mulalah, ADOI! Baru teringat itu lah ini lah!! HEhe Betulkan?
Kat bawah ini ialah contoh yang mana aku guna dan ini jugak mungkin boleh guide korang untuk listkan NEW YEAR RESOLUTIONS korang.

Contoh je taw:


TO BE/ TO DO
TO HAVE

1. Rajin dari tahun lepas
2. Solat Dhuha hari-hari
3.Lose weight 5kg (MARCH)
4. Further PHD (UK)


1. Saving RM1000 sebulan
2. New Car (Mazda 6)
3. Income RM20k ++

TO BECOME
TO GIVE

1. GET TEAM (APRIL)
2.Qualify ALL Promotions (JAPAN, VIP EXTRAVAGANZA)
3. GUEST Speaker STS
4. A loving mother/daughter/sister

1.Sedekah 10% dari income
2. Buka puasa bersama anak yatim
3. Bawa adik-adik bercuti (FRASER HILL)

boleh senanraikan sebanyak yang mungkin. Aku punya yang betul2 Masha Allah banyak sangat! 

Baiklah semua..yang kat atas ni adalah contoh semata-mata.. korang letak la sendiri apa yang korang nak dalam column-column tersebut. Mungkin ada yang confuse dengan TO BE and TO BECOME.. to be tu aku just masukkan apa yang aku nak jadi as a person..hmm macam dulu malas so sekarang nak jadi rajin..Macam to become pulak.. aku tulis kat situ nak GET TEAM.. sebenarnya itu level dalam HERBALIFE..aku nak jadi GET TEAM sebab bila dah kat level tu maksudnya aku dah bantu ramai orang improvekan kesihatan mereka..Korang boleh letak benda lain macam nak jadi KETUA KELAB di Universiti korang ke.. TEAM LEADER ke.. J

Boleh jugak buat macam nie:







TIPS!!
Wokey! Ini penting! Kena tulis sekali dan specifickan bulan ataupun tarikh impian baru yang korang nak tu. Sekali lagi sebagai contoh, salah satu azam baru ialah nak lose weight. Tulis kat situ nak lose BERAPA kg dan BILA. Contoh lagi, nak bawa adik-adik bercuti, tulis sekali kat mana. Ya, memanglah tak tahu lagi kan or mungkin dah tahu tapi takut nanti last minute bertukar pulak. Don’t worry! Tak berdosa pon kalau bertukar. Tujuan tulis specifikasi ini ialah untuk menunjukkan yang kita sangat serious dengan impian kita. Selain itu, bila kita tulis dengan specific kita akan mudah terbayang-bayang dan lagi berkobar-kobar nak kejar dreams kita tu. Kalau tak percaya cubalah!!   

Simpan apa yang korang buat ni dekat tempat yang senang korang nampak macam buat wallpaper hp, lekat kat tepi katil, dalam almari baru (yang senang tengok), sebelah cermin atau di mana sahaja supaya korang boleh baca hari-hari dan sentiasa mulakan hari korang dengan objective dan bersemangat! Apa yang paling best sekali, hujung tahun 2015 nanti, tengok balik semua yang korang tulis tu and start to tick mana yang dah accomplish!! Selamat mencuba!!

Untuk maklumat lebih lanjut boleh try tengok sini atau click ini

make sure azam korang ada semua ni 


NOTA kaki:
Azam atau impian boleh jadi sekecil-kecil yang mungkin macam nak kurangkan tengok TV ataupun boleh jugak jadi sebesar-besar alam macam nak jadi muslimah paling berjaya dengan income lebih dari 50k sebulan. Remember that ALL DREAMS MAY COME TRUE!! DREAM BIG everybody!


ok bai!


Perhatian kepada yang ada azam untuk lose weight, ketahuilah bahawa saya tahu bahawa azam korang yang ni sebenarnya wujud pada setiap tahun kan? Apa yang korang dah lakukan mungkin betul tapi kenapa still tak jadi lagi? Actually, you just need a COACH and the good news is I CAN BE YOUR COACH! Contact me now for FREE consultation and special MEAL PLAN! 

Thursday, 20 June 2013

CRISTIANO RONALDO IN THE HOUSE

Assalamualaikum.

Ok hai.Korang kenal tak siapakah gerangan lelaki yang handsome kat bawah ni?


Ya tepat sekali tekaan korang! Alright, nampak tak apa yang dia pegang tu? Eceh! YES! Korang betul lagi!! Dengan ini diumumkan bahawa International Football player, Cristiano Ronaldo is officially sponsored by No 1 global Nutrition company, Herbalife. Wah! Bangganyaaa!! (Kembang kempis hidung ini).

Kalau korang nak tawu dia sendiri ada cakap; 

"I believe passionately in the importance of the right nutrition for me as an individual, both on and off the field. I am looking forward to working with Herbalife, as a company that shares my passion and brings such expertise and knowledge in the area of sports nutrition"

Jadi kepada korang yang meminati salah seorang pemain bola sepak terbaik dunia ini, jom cuba ikut jejak langkah dia. Tak rugi ok!! Serious! Kat sini jugak, aku nak bukak mata ramai orang bahawa Herbalife bukan untuk orang yang nak lose weight sahaja. You can choose any number of your weight with Herbalife. Tapi selalunya kami as a coach yang akan tolong korang pilihkan number tu ikot kesesuaian tinggi anda. (BMI lah tu) Sebab itulah Herbalife dikaitkan dengan weight management kan?





Ini pulak video yang boleh buat korang tersenyum :)


Nak try baca article mengenai hal ini boleh click sini

Jom ramai-ramai try Herbalife!! 

Ok bai!

Wednesday, 19 June 2013

EXTRAVAGANZA & BANGKOK

ASSALAMUALAIKUM



Ok hai. Have you had your shake today? Aku baru balik dari EXTRAVAGANZA BANGKOK!! WUUUUUU!! Mungkin ramai yang tak tahu apa tu extravaganza.. okay let me explain sikit sikit. EXTRAVAGANZA ni ialah international  traning for Herberlife Distributor. Ha hebat tak Herbalife distributor..siap ada international training lagi. Ha sebab itulah kami berani claim yang kami boleh coach korang. Sebenarnya, kitorang ada banyak traning cuma extravaganza ni ialah training yang menggabungkan 12 buah negara di Asia Pacific dan seramai 23 ribu orang yang hadir. Ramai gilerr gua cakap lu!! Best tu mmg tak payah cakap laa. Memang terbaik!! 

Extravaganza, Bangkok

Kat sini aku mula sedar bahawa untungnyaa aku dapat menjadi sebahagian dari Herbalife. Aku dapat jumpa dengan ramai kawan-kawan yang mempunyai misi yang sama iaitu mahu membantu orang ramai untuk menjaga kesihatan. Ok. Aku tak nak cerita banyak sangat pasal Extravaganza ni sebab kalau korang nak tawu ada apa kat sini kena laa datang sendiri. Contact aku for more info okay. Ini aku just nak share disebabkan Extravaganza ni aku dapat jugak jejak ke Bangkok ni. Alhamdulilah. Eloklah jugak korang bawak dictionary kalau nak datang sbb ramai yang tak boleh berbahasa English. Siksa jugaklah kalau nak communicate tapi kalau kat pasar pasar kat Mall mall ha ramai laa yang pandai cakap omputis ni..hihihi 

Kat sana pukul 5.30 pagi dah macam pukul 10.30 pagi kat Malaysia. Cerah sangat! 

Ini view dari Hotel aku. idok laa cantik sangat. hihik

Sebenarnya banyak yang menarik kat Bangkok ni..barang-barang dia boleh dikatakan agak murah laa..kitorang pegy MBK mall. Best!! 5 jam kat sana rasa macam 2 jam je. Aku sempat plak beli barang-barang bagi doorgift untuk kenduri kawen aku nanti. ha nampak tak murah dia macam mana? Sampai penuh laa 2 beg besar aku sampai siap tumpang lagi beg beso kawan-kawan aku Zaf and Kak Nurul. Thanks taw!!

Next time nak pegy floating market pulak. Kitorang tak sempat nk pegi sana sebab jadual kitorang agak pack. But, apa-apa pon enjoy sangat. Korang penah dengar tak Tuk Tuk. Ok kat sini Tuk Tuk ni famous sangat.. Dia ialah motor bertayar tiga.. Laju weyh!! Aku ingat lagi masa kitorang naik tu..MAkaiiihh!! Laju sangat sampai semua kereta dia cilok. Ada laa jugak kirorang cakap "Uncle.. slow..slow.." boleh pulak dia reply "No complain No complain" sambil tu tangan dia sibok bagi buah rambutan kat kitorang. Kitorang pon senyap la! hahaa.. Ha! Orang thailand panggil buah rambutan ni.. "Ngok" Memang kena bahan la nan kitorang citer die!! hahaha Tuk Tuk ni jugak mahal dari teksi taw maybe sebab die terlalu laju kot! Sampai terpeleot laa tudung aku. huhuhu

Tuk Tuk di malam hari

Masa 1st day ktorang sampai Bangkok ni ktorang dibawa ke Asiatique. Tempat pon Heaven gila!! Memang kalau tak budget duit memang akan habis malam tu jugak. Sabar jelah! 


Oh ya. Aku kat Bangkok ni seminggu. Ha best kan? Dengan Herbalife passport korang kejap akan habis nanti. Dah kena buat baru. Tak sabar.Herbalife nak bawak kirorang pegy mana pulak nanti. 






For more info bout herbalife korang boleh try check it out kat sini. Ok bai. 


Saturday, 27 April 2013

My E-Day aka My Half Taken Day

Assalamualaikum.

Ok hai. Memandangkan ramai kawan-kawan aku skarang semua nak kawin laa tunang laa.. Meh aku share sikit apa yang telah aku lalui. Ceywah. Tapi aku baru tunang sajo! Pada 10hb Februari 2013 datanglah rombongan dari gombak dan semuanya datang nak meminang aku. Kikiki. Aku punyalaaa nebess.. Al maklumlah baru 1st time kan nak tunang memey laa nebess.. (ada tak yang 3rd time?) 

Majlis aku simple-simple je. Nampak je macam meriah tapi simple je.. Mini pelamin aku ambik kat abg lee ni..(bukan nama sebenar) Boleh laa.. aku sebenarnya terasa sikit sebab dalam gambar tunjuk lain tapi at last jadi macam lain. So agak kecewa sikit. Yang cristal cristal yang tergantung tu makcik aku yang bawak dan suruh gantung sebab katanya simple sangat. So inilah dia:

 Mini pelamin

Untuk hantaran pulak, semuanya ktorang buat sendiri je..So, dah jimat dah kat situ daripada upah kedai or upah orang untuk buat kan? Credit to Mak Cak yang bertungkus lumus buat hantaran yang sangat cantik ni!!! Yang ni memang aku puas hati sangat. Thank you. Mak Cak gunakan pinggan putih berbentuk petak (beli kat SSF) untuk diletakkan di atas dulang dan letak barang atas pinggan tersebut. Bunga pulak, ktorang guna bunga orkid kuning. Lain laa sikit dari bunga rose.  

 Cake fondant ni kawan mama bg. Tq :)

Buku ini mama beli untuk bakal tunang. Ups! Katanya selagi tak habis baca tak boleh kawen. Tajuk buku ni ialah 'Akhlak Rasullulah'.

 Ini pulak ialah GPS dan wallet. Jimat dulang. Combine sajo!

 Untuk buah pulak kitorang cuma guna buah anggur yang lain color & combine dgn daun sireh. Dah 2 in 1 dah. 

 Ini cup cakes. Yang ni aku tempah dari kawan adik aku. Lupa plak nama. Ahaii. 

Ini pulak ialah manisan. Khas dr Shuhada's family. Thank you.

Ada lagi 3 hantaran iaitu biskut, chocolate bars, dan lagi satu giant biskut yang sangat besar. Tapi mana ntah gambar tu. Sorry. Itu pon orang bagi jugak..Thanks to kawan mama, mak angkat (ma Zaiton) dan biskut yang sangat besar itu dari Tok Jan. Xiexie ni!!

Apa lagi eyk.. ha! benda yang paling penting. Baju tunang. Ini pulak aku tempah dengan satu butik kat bangi. Jahitan dia sangat cantik. Kain untuk baju pulak mami shimah (makcik) belikan dekat Vietnam. Thank you mami. Yang kain utk kain pulak (confuse tak?) aku beli kat Jakel je. 

Make up pulak.. ha jimat lagi! Adik aku yang gojes yang make up kan! Sangat puas hati. Dia memang buat part time andaman. Kalau korang minat, bgtaw je aku kayh!!

Makanan pon kitorang masak sendiri je. Tapi penat laa sikit. Jom tengok gambar-gambar majlis pertunangan aku. :)

 Adik yg gojes tgh make up. Hihihi

By: Yoomyn Myn

Syok sendiri. Maaf.


Yay!! Berjaya bertunang!! 
Time ni happy sgt! Hihi

Malu malu okay. Lama tak jumpa. 

Jadi, sebenarnya walaupun nampak macam mudah tapi banyak sangat persiapan nak kena buat. Nanti aku share ape door gift yang kitorang bagi pulak kayh. Kepada sesiapa yang memerlukan khidmat make up by Yoomyn Myn aka my gojes sista bolehlaa contact aku. Serious korang akan berpuas hati. Harga pon berpatutan. Aku bukan berpuas hati sebab Yoomun Myn adik aku tetapi disebabkan hasil halus nyaa tue. Ramai cakap aww aww ni pandai make up dan cantik pulak tu. Aku tak nafikan mmg cantik tapi bukan kah kita sebagai perempuan lebih afdal jika disentuh oleh perempuan. :)

Okbai. 

Wednesday, 24 April 2013

HERBALIFE

Assalammualaikum pembaca-pembaca yang nak sihat,

Ok hai. Pernah dengar HERBALIFE? Mungkin ada yang tak pernah, ada yang pernah tapi gitu-gitu je.. Jom share pendapat kita mengenai Herbalife. Aku baru je tahu pasal product ni dan aku rasa sangat menyesal sebab kenapa baru sekarang aku tahu???? Kalau aku tahu dari awal dulu mungkin dah ramai orang aku dah tolong dengan product ni. Wah.. nampak tak betapa frustnya aku? Yes! Memang aku frust sangat. Tapi apa-apa pon Alhamdulillah Allah telah membuka mata aku dan memperkenalkan aku dengan HERBALIFE sekarang. 



Pada 12hb April 2013(lebih kurang 2 minggu lepas), buat pertama kalinya aku pegi ke ZERO 2 HERO. Yay!!!  Ha..kat sini laaa aku dapat banyak info pasal Herbalife dan tak sabar sangat nak tolong ramai orang kat luar sana. Jadi persoalannya apakah Herbalife? Basically, Herbalife ini ialah nama company kepada product yang  sangat hebat. Herbalife mengeluarkan product dalaman dan juga luaran. Daripada pemakanan sampailah ke hujung rambut. ha boleh gitu? Maksudnye..ada yang boleh dimakan, diminum, disapu, disabun dan bermacam macam di lagilah. 

Herbalife dah wujud kat dunia ni dah lebih 30 tahun dan telah berada di lebih 88 buah negara. Jadi korang bayangkanlah betapa strongnya company ni. Kepada para muslim dan muslimah pulak gunakalah tanpa was-was ye sebab Herbalife ialah product yang mempunyai sijil halal IFANCA. Apa laa pulak INFANCA ni kan.. Secara ringkasnya IFANCA ini ialah sijil halal yang diiktiraf dunia. Dunia ok!!

Kalau nak tawu dengan lebih lanjut boleh click ---> IFANCA dan anda boleh search Herbalife dalam tu. 

Selain itu, Herbalife juga tersenarai dalam bursa saham New York Stock Exchange aka NYSE pada tahun 2008. Ha, bukan senang nak tersenarai dalam bursa saham ni taw. Jadi korang jangan risau k mengenai Herbalife ini pentipu ke penjahat ke.. sebab..secara LOGIC nya kalau Herbalife tak hebat takkan lah boleh ada kat lebih 88 buah negara dalam masa 30 tahun lebih je kan? Logic tak logic tak? and one more important thing, rata-rata yang menggunakan product Herbalife berpuas hati dengan kesannya. Logic kan logic kan? 

Dan ini pula ialah pengasas Herbalife: 
Mark Hughes

Pada Februari 1980, wujudlah Herbalife di dunia dan secara ringkasnya lagi, Mark Hughes telah kematian ibunya yang mengambil ubat kurus yang berlebihan hanya untuk turun 2-3 kg sahaja. Sayang kan? Sejak peristiwa itulah, beliau bertekad nak bantu orang ramai mengamalkan diet yang selamat dan efektif. 

Erm..apa lagi korang nak tawu mengenai herbalife? Ok yang ni sikit sahaja. Sebenarnya banyak lagi taw, nanti kalau bagitau banyak banyak takot terlupa pulak kan. Tak pe jangan risau ye.. Nanti dan pasti aku akan update lagi mengenai Herbalife. Next entry pasal product dan testimonial pulak. 

InsyaAllah. 

Korang boleh juga layari website ni : www.herbalife.com

and and and kalau korang nak personal coach yang happy Go lucky macam aku boleh laa contact aku kat no 0122316281(mimie) (sebenarnya semua personal coach herbalife happy go lucky!!) 

Last but not least, Allah sentiasa membantu orang yang berusaha untuk berjaya. Tak kiralah nak berjaya dari segi kuruskan badan, naikkan berat badan atau nak jaga kesihatan dan kecantikan sebab di setiap kemahuan  itu pasti ada jalan!!!! 

Ok bai!

Tuesday, 23 April 2013

NAZA dan Practical ku!

Assalammuaalaikum.

Ok hai. Minggu ni dah masuk minggu yang ke 8 aku practical di NAZA. Maksudnya lagi 8 minggu saja tinggal!!! Wuhuuu.. (Sorak kegembiraan) Aku bukan tak sabar nak habis sebab tak best practical kat NAZA. Aku cuma tak sabar nak habis digerlar sebagai pelajar! Haha Sama maksud dengan tak sabar nak bergelar Pengangur Terhormat! Practical kat NAZA memang sangat sangat BEST!

Naza Automotive Manufacturing

Sepanjang practical di NAZA ni..banyak sangat yang aku belajar.  Dengan orang-orangnya yang sporting, cool and baik sangat sangat. Aku ingat lagi first time aku datang NAZA ni.. YA ALLAH!! Cuak ke bebeh! Yang assist aku time tu Kak Wanie. Nasib baik dia sangat membantu. 

Masuk je hari pertama, wah rambang mata aku taw tengok kereta kereta kat sini. Culture shock jap dengan kereta kereta. Bukan Kia saja yang manawan hati, tapi kereta kereta Peugeot pon boleh tahan jugak buat aku tergoda! 

Sebelum masuk Naza, aku bukan tahu sangat pon pasal hal ehwal Naza ni. Yang aku tawu Naza Group was established by the late Tan Sri  SM Nasimuddin SM Amin. Tapi sekarang aku dah boleh hafal sejarah Naza ni and yang paling aku tawu.. En SM Faliq is still single. So girls, boleh ler kalau nak cuba nasib! Hihihi.. Aku print gambar SM Faliq ni lekat kat desk aku. Over sangat.

En. SM Faliq SM Nasimuddin

Sepanjang aku kat sini, aku dah pernah sekali jumpa dengan Puan Sri Utama Zaleha Ismail. SM Faliq je belum. :'( Puan Sri sangat lembut orangnya. Tapi aku tak berani laa nak approch. Cuma macam ni sajo!


Aku dan Puan Sri yang pakai baju pink kat belakang.

Ok laa tu kan?? HAhahA.. At least ada la jugak benda yang aku nak tunjuk kat lecturer aku nanti! Time ini ialah Majlis Asmatul Husna 2 minggu yang lepas. Nampak tak muka aku yang agak gemok itu. Jangan risau lepas aku amalkan Herbalife insyaAllah akan jadi cantik cantik macam anda!! Amin.

Naza Group ni sebenarnya banyak sangat business.. Boleh la kalau nk try try nasib mintak kerja kat Naza Group ni. Contoh, Cars, Bikes, Manufacturing, Hospitality, Research & Education, F & B dan macam-macam lagi. Dan dalam satu kategori ni ada pecahan-pecahan dia pulak. So, sebenarnya banyak sangat pilihan. 

Boleh click sini ---> NAZA GROUP

Okbai. :p

Testing 123

Assalamualaikum semua. 


Ok hai! Oleh kerana ini first blog yang pertama so agak nervous sedikit si sini. Apa yang nervousnya? First, sebab tak taw nak bahasakan diri ni apa..Aku kah? Saya kah? Kami kah? Itew kah? Jadi setelah buat research, ramai yang membahasakan diri ‘Aku’ dan dengan ini nak guna ‘aku’ jugaklah! Nampak sangat suka tiru orang kan. Hikhik. Maaflah. Bukan apa aku (ceywah dah start guna dah) ada jugak Tanya dengan senior senior blogger ni, ramai pon cakap guna aku sajo! So aku pon guna sajo!

Ok dah selesai bab ‘aku’ kat sini. Apa yang nervous lagi nih? Alahai sebab tak taw nak tulis apa. Sebab biasaklah, orang nak ada blog, kita pon nak jugak! Padahal bukan ada bakat pon nak tulis menulis nih. Karangan dulu kat skolah pon sekadar di pinggiran sajo! Tapi tak apa.. aku akan cuba sedaya upaya untuk menjadi pembelog yang digeruni ramai. Hihihi.

Ok last. Nervous sebab tak sabar nak habis type ni and nak try pulish. Entah apa laa yang jadi kan. Ok semua. Salam perkenalan!! 

Ok bai.